Support My Sponsor

Terdapat senarai Blog yang panjang di dalam setiap kategori dan tidak semuanya dipamerkan.

Penyusunannya berasaskan kemaskini terakhir blog-blog tersebut. Setiap kategori akan memamparkan 10 blog yang mempunyai kemaskini terbaru.

Sekiranya blog yang anda cari tidak kelihatan, sila klik butang "Show All" di hujung setiap direktori.

Sertai kami dengan mendaftar sebagai Followers sekiranya blog anda tidak didaftarkan di sini.
Ingin FLASH  di atas ini?
COPY kod di bawah ini dan PASTE di blog anda!

Followers

Petikan titah ucapan Ke bawah DYMM Sultan Perak
Sumber dari: Warkah Melayu

Segala puji diangkat ke hadrat Allah SWT. Hamba-Mu ini menzahirkan kalimah kesyukuran atas limpah rahmat dari-Mu Ya Allah yang telah membolehkan hamba-Mu sekali lagi menyambut hari ulang tahun keputeraan dalam keafiatan dan terus bersemayam di takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dalam suasana negeri yang aman lagi sejahtera serta terlindung daripada malapetaka dan bencana. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW, para keluarga dan para sahabat baginda, seterusnya ke atas para tabiin dan para ulama.


Penzahiran kesetiaan oleh Paduka Anakanda Raja Muda, demikian juga ikrar taat setia yang dilafazkan oleh Mamanda Menteri Besar membuktikan terjalinnya kerukunan hubungan di antara takhta dengan para pembesar negeri dan rakyat jelata. Pengucapan tersebut beta tafsirkan sebagai lafaz kesetiaan terhadap institusi Raja Pemerintah kepada sebuah kerajaan.


Seseorang Sultan adalah batang tubuh yang diamanahkan oleh Ilahi untuk memenuhi tanggungjawab tertentu. Yang penting dipertahankan adalah institusi pemerintahan di bumi ini yang telah diwarisi sejak zaman berzaman, institusi pemerintahan yang mempunyai akar sejarah lalu menentukan rupa bentuk dan memberikan wajah kepada budaya berkerajaan dan bernegara, berpaksikan prinsip rakyat beraja – negeri bersultan.


Seseorang Raja Pemerintah itu di samping memenuhi peranan tersurat sebagai payung naungan dan lambang perpaduan kepada warga pelbagai kaum, turut mempunyai peranan secara tersirat yang perlu dilaksanakan dengan sabar lagi tabah, penuh berhikmah lagi bijaksana. Apabila negeri dilanda krisis, kearifan Raja Pemerintah sebagai penimbang tara sangat kritikal. Baginda perlu mengimbangkan secara saksama keperluan pelbagai kumpulan warga. Ia menjadi lebih rumit dalam sebuah negeri yang warganya terdiri daripada pelbagai agama, keturunan dan budaya dengan tahap pencapaian sosial dan ekonomi yang masih mempunyai jurang yang ketara.


Raja Pemerintah di bumi ini wajib melihat perspektif yang luas, menghargai salah silah sejarah negara bangsa dan bertanggungjawab tidak menderhakai Tujuh Wasiat yang telah diamanahkan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia sembilan Raja Melayu ketika memberi perkenan menurunkan tanda tangan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. Tujuh Wasiat Raja- Raja Melayu itu berbunyi :


Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya, selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera :


PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).


KEDUA :

Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kami, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah lima puluh peratus, selebihnya rebutlah bersama kaum-kaum lain.

KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu, selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.


KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini.


KELIMA : Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.


KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu.


KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum- kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)


Wasiat tersebut diamanatkan menjelang kemerdekaan kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu. Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, mengekalkan kedaulatan dan kuasa serta kesinambungan kedaulatan negara yang terletak kepada Raja- Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi. Dengan itu, Perlembagaan Persekutuan yang digubal telah memaktubkan fasal-fasal tertentu yang memerlukan izin Majlis Raja-Raja sebelum sebarang pindaan Perlembagaan dibenarkan berkuat kuasa.


Formula tersebut yang selama hari ini menjadi gagasan menjamin kestabilan negara, jangan sama sekali mahu dirombak atau cuba dicabar secara keterlaluan. Perbuatan sedemikian dikhuatiri akan menjemput kepada risiko besar yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum dan antara agama.


Kegiatan dan usaha untuk mendapat pengaruh politik perlu ada etika dan batasan. Usaha mendapatkan sokongan politik jangan sampai ke peringkat melanggar sempadan dan cuba merombak apa yang telah sekian lama dipersetujui.


Toleransi sesuatu kaum begitu juga kesabaran penganut sesuatu agama ada batasannya. Perkembangan-perkembangan semasa yang sedang berlaku telah menaikkan suhu politik dan sudah mula menimbulkan keresahan pelbagai pihak. Sedarilah bahawa usaha membina sesuatu kejayaan memakan masa yang panjang, sementara melalui tindak tanduk yang kurang bijak, keruntuhan boleh berlaku dalam sekelip mata.


Dewan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah institusi perundangan negara. Dewan-dewan tersebut dirujuk sebagai dewan yang mulia atau The August House. Ahli kepada dewan-dewan tersebut dirujuk sebagai Yang Berhormat atau The Honourable Member of The August House. Amatlah memalukan jika prosiding dewan-dewan berkenaan berlangsung dalam suasana memekik dan menjerit dengan mengeluarkan kata-kata yang kasar lagi kesat. Adalah satu penghinaan kepada dewan-dewan tersebut jika ahli-ahlinya membawa placard mengandungi kata-kata yang merendah dan menghina antara satu sama lain. Untuk itu, perilaku ahli kepada dewan-dewan tersebut hendaklah menghormati kemuliaan dewan-dewan berkenaan dan mencerminkan sifat seorang yang telah diberi pengiktirafan dengan panggilan Yang Berhormat.


Perbuatan memperkecilkan hingga ke peringkat menghina institusi-institusi perundangan dan badan-badan penguatkuasaan undang-undang, adalah satu perkembangan yang amat tidak sihat. Undang-undang dan institusi perundangan kelihatan hanya diterima dan dihormati apabila keputusan berpihak kepada sesuatu kumpulan.


Di sebaliknya, undang-undang dan institusi perundangan dicerca dan dihina apabila keputusan tidak memihak kepada sesuatu kumpulan. Perasaan kekitaan secara ekstrem telah melahirkan insan-insan yang terlalu taksub kepada kumpulan, lalu bertindak berdasarkan emosi sehingga hilang pemikiran rasional.


Lebih membahayakan, kegiatan menghina negara sendiri dilakukan tanpa segan silu di forum-forum antarabangsa bagai membuka laluan, menjemput campur tangan pihak luar dalam urusan negara sendiri. Warga yang mempunyai jati diri dan kesetiaan kepada negara bangsanya, hendaklah mempunyai kekuatan pendirian untuk mempertahankan maruah negara bangsanya tanpa sama sekali membenarkan campur tangan pihak luar.


Beta menyeru agar warga menggunakan sebaik-baik kebijaksanaan akal kurniaan Ilahi demi kepentingan masa hadapan negara-bangsa. Tindak-tanduk yang terlalu dipengaruhi emosi berpandukan nafsu, pada akhirnya akan membawa kerugian besar. Masih banyak agenda untuk membela nasib warga yang perlu dilaksanakan. Warga tidak harus dijadikan mangsa persengketaan politik yang bagaikan tidak ada penghujungnya. Segala sumber tenaga, fikiran dan material perlu ditumpukan kepada kerja-kerja yang lebih produktif kepada negara.


Beta hargai sokongan dan persepakatan yang Beta peroleh daripada Paduka Anakanda Raja Muda, Paduka Adinda Raja Di Hilir, kesemua Raja Bergelar, Waris Negeri, Kerabat Diraja, Orang Besar dan ahli Dewan Negara membantu Beta memenuhi peranan seorang Sultan. Beta menzahirkan penghargaan kepada Mamanda Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, anggota kehakiman dan perundangan, anggota perkhidmatan awam, para ulama dan imam-imam, Angkatan Tentera, Polis Diraja Malaysia, badan-badan beruniform, para penghulu dan Jawatankuasa Kemajuan Kampung yang telah melaksanakan tanggungjawab serta saling bekerjasama untuk memastikan negeri sentiasa berada dalam keadaan aman lagi stabil serta warga berada dalam suasana selamat lagi sejahtera.


Beta amat mengalu-alukan peranan pihak swasta, badan-badan sukarela, badan-badan kebajikan, badan-badan sukan serta warga keseluruhannya yang telah membantu memperlengkapkan usaha-usaha pembangunan yang dirintis oleh Kerajaan Beta.


Kepada Allah SWT, Beta memohon petunjuk dan panduan. Semoga Allah Subhanahu Wata‘ala sentiasa melimpahkan nikmat dan rahmat, perlindungan dan keselamatan kepada Raja, negeri dan warga. Amin, Ya Rabul Alamin.

Aku Yang Gambi Dalam Kenangan


Kembali ke rahmatullah pada 12/01/2011 jam 11.10 malam
Sumbangan Buat Keluarga Arwah Blogger Yang Gambi boleh Di Hantar Melalui Akaun Isteri Beliau:
06010748670528 CIMB Bank
Nurain Zubaidah Ab Aziz

Pembukaan Rasmi Khidmat Masyarakat

Anda mempunyai sesuatu berita yang ingin disiarkan?

  1. Anak/adik hilang?
  2. Masaalah penyakit perlu khidmat nasihat?
  3. Perlukan bantuan?
Masukan di ruangan "Comments" di bawah ini. Komen yang telah dipaparkan akan dibuang untuk memberi ruang kepada komen-komen yang baru.

1 comments:

Mak Su July 8, 2010 at 10:20 PM  

hai, terima kasih utk jemputan :), nanti saya ambil link.

Post a Comment

Blog Pilihan

Ingin mendaftar sebagai Pengedar ECPI?
Klik pada grafik di sebelah dan dapatkan Lamanweb Promosi Ahli dengan domain menarik di sini!

26 Blog ILMU

Iklan 3

Ruang Iklan untuk di sewa:
190px X 60px - RM10.00/Sebulan
Ruang Iklan untuk di sewa:
190px X 60px - RM10.00/Sebulan
Ruang Iklan untuk di sewa:
190px X 60px - RM10.00/Sebulan

128 Bloggers A

77 Bloggers B

42 Bloggers C

1. Mengapa Bayar Lebih? Klik pada imej di bawah ini!


ECPI AURA
ECPI Aura merupakan produk wangian yang dihasilkan melalui proses yang diperkayakan dengan ribuan kebaikan melalui proses teknologi spacetime. Gabungan teknologi ini membolehkan seluruh elemen ransangan minda dan aura digabungkan secara holistic di dalam ECPI Aura.

ECPI WATER
ECPI Water adalah air hidup dengan tenaga paten gelombang yang perlu untuk mengimbangi tenaga matrix dalam tubuh dan memberikan kesihatan.

ECPI GTH

45 Bloggers D

2. Mengapa Bayar Lebih? Klik pada imej di bawah ini!


ECPI HOLISTIC BATH
Beauty Health International Holistic Bath Treatment dirumus sebagai mandian pelbagai fungsi yang bertindak secara menyeluruh bagi mengekalkan kecantikan dan kesihatan tubuh badan secara total.

ECPI JUNIOR & IQ MAX
IQ Max adalah makanan minda yang dihasilkan dengan menggunakan inovasi teknologi spacetime yang mengandungi ribuan tenaga gelombang dari bahan-bahan yang telah diperakui keberkesanannya merangsang fungsi otak.

ECPI ANGGUN
ECPI Anggun kaya dengan bahan serta tenaga gelombang yang dapat membantu mengatasi semua masalah permasalahan berkaitan kulit.

26 Bloggers I

3. Mengapa Bayar Lebih? Klik pada imej di bawah ini!


ECPI AURA
ECPI Aura merupakan produk wangian yang dihasilkan melalui proses yang diperkayakan dengan ribuan kebaikan melalui proses teknologi spacetime. Gabungan teknologi ini membolehkan seluruh elemen ransangan minda dan aura digabungkan secara holistic di dalam ECPI Aura.

ECPI WATER
ECPI Water adalah air hidup dengan tenaga paten gelombang yang perlu untuk mengimbangi tenaga matrix dalam tubuh dan memberikan kesihatan.

ECPI GTH

79 Bloggers K

31 Bloggers L

4. Mengapa Bayar Lebih? Klik pada imej di bawah ini!


ECPI HOLISTIC BATH
Beauty Health International Holistic Bath Treatment dirumus sebagai mandian pelbagai fungsi yang bertindak secara menyeluruh bagi mengekalkan kecantikan dan kesihatan tubuh badan secara total.

ECPI JUNIOR & IQ MAX
IQ Max adalah makanan minda yang dihasilkan dengan menggunakan inovasi teknologi spacetime yang mengandungi ribuan tenaga gelombang dari bahan-bahan yang telah diperakui keberkesanannya merangsang fungsi otak.

ECPI ANGGUN
ECPI Anggun kaya dengan bahan serta tenaga gelombang yang dapat membantu mengatasi semua masalah permasalahan berkaitan kulit.

106 Bloggers M

5. Mengapa Bayar Lebih? Klik pada imej di bawah ini!


ECPI AURA
ECPI Aura merupakan produk wangian yang dihasilkan melalui proses yang diperkayakan dengan ribuan kebaikan melalui proses teknologi spacetime. Gabungan teknologi ini membolehkan seluruh elemen ransangan minda dan aura digabungkan secara holistic di dalam ECPI Aura.

ECPI WATER
ECPI Water adalah air hidup dengan tenaga paten gelombang yang perlu untuk mengimbangi tenaga matrix dalam tubuh dan memberikan kesihatan.

ECPI GTH

82 Bloggers P - Q

85 Bloggers S

6. Mengapa Bayar Lebih? Klik pada imej di bawah ini!


ECPI HOLISTIC BATH
Beauty Health International Holistic Bath Treatment dirumus sebagai mandian pelbagai fungsi yang bertindak secara menyeluruh bagi mengekalkan kecantikan dan kesihatan tubuh badan secara total.

ECPI JUNIOR & IQ MAX
IQ Max adalah makanan minda yang dihasilkan dengan menggunakan inovasi teknologi spacetime yang mengandungi ribuan tenaga gelombang dari bahan-bahan yang telah diperakui keberkesanannya merangsang fungsi otak.

ECPI ANGGUN
ECPI Anggun kaya dengan bahan serta tenaga gelombang yang dapat membantu mengatasi semua masalah permasalahan berkaitan kulit.

61 Bloggers T

7. Mengapa Bayar Lebih? Klik pada imej di bawah ini!


ECPI AURA
ECPI Aura merupakan produk wangian yang dihasilkan melalui proses yang diperkayakan dengan ribuan kebaikan melalui proses teknologi spacetime. Gabungan teknologi ini membolehkan seluruh elemen ransangan minda dan aura digabungkan secara holistic di dalam ECPI Aura.

ECPI WATER
ECPI Water adalah air hidup dengan tenaga paten gelombang yang perlu untuk mengimbangi tenaga matrix dalam tubuh dan memberikan kesihatan.

ECPI GTH

Direktori-Direktori Lain


  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP